arena

Safawi 'angkat' Porsche merah?

PENYERANG Johor Darul Ta'zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah.

Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram, namun lebih mencuri tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.

Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara.

"SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah," kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi.

Turut mencuri tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

"Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras," kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan.

Disiarkan pada: May 26, 2020 @ 8:18am
d