arena

Import UiTM ucap Selamat Hari Raya [VIDEO]

LIMA pemain import skuad Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam.

Klip video ucapan berkenaan disiarkan menerusi facebook UiTM FC.

UiTM yang kebanyakan dibarisi pemain mahasiswa diperkuatkan pemain import beragama Islam antaranya Victor Nirennold, Ousmane Fane dari Perancis dan Rabih Ataya (Lebanon).

Dua lagi tonggak import pasukan itu, Mark Hartmann dan Gustavo Dos Santos masing-masing dari Filipina dan Brazil tidak ketinggalan merakamkan ucapan Aidilfitri.

Kesemua mereka tampil segak berpakaian baju Melayu serta samping dalam video berdurasi satu minit 15 saat berkenaan.

Disiarkan pada: May 26, 2020 @ 5:32pm
d