arena

Guardiola sanjung pengorbanan barisan hadapan

Oleh AFP

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola percaya protokol yang perlu dipatuhi olehnya dan pemain jika saingan liga kembali bersambung hanyalah pengorbanan kecil berbanding mereka di barisan hadapan yang menggadaikan nyawa dalam menangani krisis koronavirus.

Ibu Guardiola mati pada April lalu ketika berusia 82 tahun akibat dijangkiti Covid-19.

"Kami perlu mengikuti peraturan dan protokol. Kami perlu mematuhinya dan ia paling penting. Kami tidak melakukan apa-apa yang istimewa," kata Guardiola dalam laman web City.

"Mereka yang istimewa ialah doktor, jururawat, saintis dan tukang cuci -- mereka mendedahkan diri mereka dengan risiko demi menyelamatkan kita."

Pemain Liga Perdana kembali berlatih minggu lalu tetapi mereka perlu mematuhi garis panduan kesihatan dan penjarakan sosial.

Jika Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara tetap dilangsungkan, City bakal berdepan 17 perlawanan dalam tempoh dua bulan.

Tetapi Guardiola berpuas hati dengan tahap kecergasan pemainnya walaupun tidak beraksi secara kompetitif sejak 8 Mac lalu.

Disiarkan pada: May 26, 2020 @ 10:57pm
d