arena

Petrucci disingkirkan dari Ducati?

Oleh Agensi

DANILO Petrucci bakal kehilangan tempat bersama pasukan pengeluar akibat daripada 'pet project' perancangan bos Ducati yang lebih berminat kepada Jack Miller, kata pengurus Petrucci.

Miller dijangka akan meninggalkan pasukan Pramac Racing dan menyertai salah satu daripada dua posisi di pasukan pengeluar Ducati untuk musim 2021 dan 2022 meskipun ketika ini belum ada sebarang pengesahan.

Bagaimanapun, pengurus pasukan pengeluar, Davide Tardozzi mengesahkan pengurus pasukan Pramac, Francesco Guidotti berasa curiga kerana sejak kebelakangan ini banyak spekulasi mengenai pelumba Australia itu.

Tidak ada tempat yang sudah disahkan secara rasmi dalam pasukan Ducati selepas musim 2020 namun Petrucci akan hilang tempatnya kepada Miller, jelas bekas pengurus, Alberto Vergani.

Walaupun Petrucci membantu pasukan pengeluar muncul juara di Mugello tahun lalu, Miller dikatakan bakal berada dalam 'pet project' Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall'lgna.

"Danilo sekarang ini tersingkir dari projek Ducati bagi saingan MotoGP. Ducati membuat keputusan untuk kepada pelumba seperti Miller, yang sudah lama menjadi sebahagian daripada pet project untuk Dall'Igna dan buat Danilo tidak ada tempat buatnya dalam pasukan pengeluar.

"Ia sangat pelik, melihat apa yang diraihnya di Mugello tahun lalu mengatasi Andrea Dovizioso (rakan sepasukanya) dan mengatasi penyandang juara, Marc Marquez. Dia juga sentiasa bekerja keras untuk mendapat keputusan cemerlang," kata Vergani.

Petrucci mengalami kemorosotan separuh daripada perjalanan musim lalu, manakala Miller pula menunjukkan peningkatan dan kedua-duanya masih belum beraksi lagi tahun ini akibat Covid-19.

Vergani mendakwa keputusan itu dibuat berdasarkan separuh daripada aksi musim lalu, tatkala wujud khabar angin akan ada pertukaran antara bekas rakan sepasukan itu,

Walaupun ada spekulasi Dovizioso akan ke KTM, Vergani yakin bahawa pelumba yang menduduki tempat kedua keseluruhan pada tiga saingan terakhir MotoGP itu akan kekal bersama pasukan Ducati.

Disiarkan pada: May 27, 2020 @ 3:21pm
d