arena

Peminat United lega corak jersi

Oleh Agensi

PEMINAT setia Manchester United meluahkan rasa lega selepas melihat corak jersi kelab itu yang didakwa 'bocor' di laman media sosial.

Timbul kebimbangan dan reaksi pelbagai pihak terhadap jersi musim 2020/21 kelab Inggeris itu yang 'bocor' sebelum ini yang disamakan seperti 'tempat duduk bas'.

Gambar yang disiarkan menerusi FootyHeadlines menyaksikan pasukan itu memilih reka bentuk lebih ringkas.

Jersi berwarna merah dengan tiga garisan Adidas di setiap bahu jersi membuatkan penyokong United tampak berpuas hati dengan rekaan itu.

Seorang penyokong The Red Devils yang mencatat di Twitter memberitahu, "ia rekaan ringkas dan bukannya tempat duduk bas!"

"Jersi ini sekurang-kurangnya lebih baik daripada rekaan tempat duduk bas." menurut seorang lagi peminat United.

Disiarkan pada: May 27, 2020 @ 9:18pm
d