arena

Klopp sasar Traore kukuh serangan

Oleh Agensi

BOS Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani Adama Traore sehingga dia menghubungi pemain tonggak Wolverhampton Wanderers secara peribadi menerusi telefon.

The Reds dikatakan menjadikan Traore sebagai sasaran utama bagi jendela perpindahan musim panas ini dalam usaha mewujudkan saingan di barisan serangan.

Bagaimanapun, juara Liga Perdana itu bukan hanya kelab yang menunjukkan minat terhadap pemain lincah berusia 24 tahun itu, ketika Tottenham Hotspur, Barcelona dan Real Madrid didakwa turut melakukan bidaan.

Mengakui spekulasi kecenderungan minat mengenai masa depan Traore, kelab berkenaan mendakwa Klopp bertindak sendiri dengan menghubungi bekas pemain Middlesbrough itu.

Laporan sama mengaitkan perkara itu apabila Liverpool dan Wolves mula mengadakan perbincangan, yang dilaporkan membabitkan perpindahan sekitar £60 juta (RM319.7 juta).

Disiarkan pada: May 27, 2020 @ 11:22pm
d