arena

Rashford tayang 'kereta kebal'

Oleh Agensi

BINTANG Manchester United, Marcus Rashford tiba di padang latihan kelab itu menaiki kenderaan Mercedes-AMG G63 buat khas dilaporkan bernilai £150,000 (RM802,756).

Kenderaan terbaru milik penyerang itu kelihatan seperti 'kereta kebal'.

Bintang England berusia 22 tahun tampil bergaya memandu kenderaan mewah yang mampu mencatat 0-60kmj hanya dalam masa 4.5 saat.

Kenderaan 4.0 liter menggunakan enjin V-8 selain mempunyai kekuatan 577 kuasa kuda.

Rashford sememangnya dikenali dengan minatnya membeli kereta mewah baharu dan kebiasaannya membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Ketika baru menyertai pasukan utama, dia memandu Audi RS4 bernilai £60,000 (RM321,102).

Dia kemudian segera beralih kepada Mercedes, bermula dengan CLA 45 Coupe, juga bernilai sekitar £60,000.

Tidak lama kemudian dia memilik Merc S Class Coupe - yang dianggarkan bermula pada harga sekitar £103,000 (RM551,225)- yang dilihat berada di luar kediamannya.

Rashford kemudian beralih kepada kenderaan yang disukai kebanyakan pemain bola sepak iaitu Range Rover - yang dimilikinya model Urban bernilai £70,000 (RM374,619).

Namun sekarang dia beralih kepada yang lebih besar, lebih baik dan laju iaitu Mercedes-AMG G63 yang juga adik-beradik kembar siri supercharger Mercedes G-Class.

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 9:18pm
d