arena

Chelsea mahu khidmat Burki

Oleh Agensi

CHELSEA dilaporkan menggandakan usaha bagi perpindahan musim panas untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Borussia Dortmund, Roman Burki.

The Blues berada dalam pasaran mencari seorang penjaga gol yang bijak membaca gerakan menjelang kempen 2020-21, ketika penjaga gol nombor satu kini, Kepa Arrizabalaga bergelut dengan prestasi sejak tiba dengan perjanjian rekod dunia.

Willy Caballero menjadi penjaga gol pilihan utama pasukan dalam saingan Liga Perdana sebelum aksi ditangguhkan pada Mac lalu.

Namun penjaga gol berpengalaman Argentina dikatakan tidak mampu mengalas aksi sebagai penjaga gol utama musim depan.

Menurut The Sun, skuad kendalian Frank Lampard sudah mengenal pasti penjaga gol Dortmund, Burki yang kemungkinan akan tiba pada jendela perpindahan musim panas ini.

Laporan mendakwa the Blues sedang menyediakan tawaran sekitar £15 juta (RM80.3 juta) bagi pemain kebangsaan Switzerland yang hanya mempunyai baki kontrak setahun di Signal Iduna Park.

Burki bertindak cemerlang tanpa bolos sebanyak 12 kali dalam 33 penampilan buat BVB musim ini.

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 10:07pm
d