arena

Tonton perlawanan bola di skrin gergasi

Oleh Agensi

ADAKAH ini masa depan saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris?

Penyokong Sparta Prague dan Viktoria Plzen menyaksikan kepulangan semula pasukan kesayangan mereka selepas aksi ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 di stadium tetapi bukan dari dalam stadium.

Kelab berkenaan menyediakan skrin gergasi seperti panggung wayang di luar stadium yang membolehkan mereka memandu kereta masing-masing dan menyaksikan perlawanan.

Hanya 300 penyokong bertuah sahaja dapat merasai pengalaman menarik itu.

Malah selain memandu kereta masing-masing, penyokong turut hadir dengan membawa selimut, arak dan makanan ringan.

Beberapa penyokong fanatik Plzen turut membawa suar ketika perlawanan...

Saingan Liga Republik Czech itu antara yang pertama kembali meneruskan aksi tetapi dilangsungkan secara tertutup tanpa kehadiran penonton.

Namun, kelab mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan masalah itu dengan menyediakan skrin gergasi di luar stadium.

Dalam perlawanan itu, Plzen yang beraksi jauh dari halaman sendiri dan menghuni tangga kedua liga mengatasi lawan pasukan di tangga kesembilan, Sparta, 2-1.

Konsep menyaksikan perlawanan secara memandu kereta dikatakan turut dipertimbangkan oleh bos Liga Perdana Inggeris.

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 10:48pm
d