arena

Renault kekal bersaing dalam F1

Oleh AFP

RENAULT akan meneruskan operasi pasukan mereka dalam Kejuaraan Formula Satu (F1) Dunia sekalipun mengumumkan hampir 15,000 hilang pekerjaan kesan kejatuhan jualan kenderaan.

Pengilang dari Perancis, yang kembali ke F1 pada 2016 selepas lima tahun tidak mengambil bahagian berkata perubahan akan datang pada had perbelanjaan sukan akan membantu mereka untuk terus bersaing.

"Kami memberitahu kepada umum dan mengesahkan kami berhasrat untuk kekal di Formula Satu," kata Ketua interim Renault, Clotilde Delbos.

"Berita mengenai had pengajian baru dalam terma pelaburan adalah sangat bagus buat kami, kerana kami kurang penggunaan dalam bahagian ini berbanding beberapa persaing kami yang sanggup membelanjakan wang yang banyak.

"Jadi kami akan terus kekal di Formula Satu."

Renault turut menyediakan enjin buat kereta F1 McLaren, sebelum Mercedes akan mengambil alih tahun depan.

Pasukan itu masih menantikan kemenangan pertama sejak kembali dalam sukan permotoran itu, sekali pun mereka menamatkan saingan di tempat keempat kedudukan pengeluar pada 2018 dan kelima tahun lalu.

Renault belum lagi mengumumkan pengganti bagi pemandu Australia, Daniel Ricciardo dengan bekas pemandu Red Bull bersedia untuk ke McLaren pada 2021.

Disiarkan pada: May 29, 2020 @ 8:13pm
d