arena

Liverpool julang trofi EPL di venue berkecuali

Oleh Agensi

PERLAWANAN yang akan mengesahkan kejuaraan mahkota Liga Perdana Inggeris buat Liverpool mungkin berlangsung di venue berkecuali menurut ketua persekutuan bagi aspek keselamatan bola sepak.

Timbalan Ketua Konstabel, Mark Roberts berkata lebih enam perlawanan mungkin dipindahkan selepas permohonan daripada pasukan polis tempatan.

Ia termasuk pertembungan Merseyside begitu juga perlawanan Manchester City berdepan Liverpool.

Roberts berkata perbincangan bersama Liga Perdana mendapat maklum balas positif dengan tumpuan bersama adalah keutamaan kepada kesihatan awam.

Saingan Liga Perdana dijadualkan kembali bersambung pada 17 Jun ini, bergantung kepada kelulusan kerajaan.

Perlawanan yang dijadualkan berpindah ke venue berkecuali turut membabitkan Manchester City menentang Newcastle, Manchester United berdepan Sheffield United, Newcastle lawan Liverpool dan Everton menentang Liverpool

Ia turut membabitkan aksi yang mengesahkan kejuaraan EPL bagi Liverpool.

"Kami telah mencapai kata sepakat untuk mengimbangkan keperluan dalam bola sepak, ketika meminimumkan permintaan terhadap aspek keselamatan," kata Roberts.

Liverpool memburu kejuaraan pertama Liga Perdana dalam tempoh 30 tahun, memacu selesa di puncak carta liga dengan kelebihan 25 mata serta sembilan baki perlawanan untuk ditamatkan.

Disiarkan pada: May 29, 2020 @ 9:26pm
d