arena

Tak dapat Werner, 'The Reds' buru Dembele

Oleh Agensi

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan memburu bintang Barcelona sebagai pelan kecemasan mereka jika gagal mendapatkan Timo Werner.

Mesin gol RB Leipzig itu menjadi bualan hangat sejak beberapa minggu lalu dalam kalangan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Liverpool kekal sebagai pasukan yang paling utama untuk mendapatkan khidmat bintang Jerman itu.

Bagaimanapun, The Reds dilaporkan menimbang untuk menjadikan bintang Barcelona, Ousmane Dembele sebagai pilihan kedua jika Werner yang bernilai £55 juta (RM295 juta) gagal menjadi milik mereka.

Berdasarkan laporan 90min.com, keputusan Liverpool untuk mengundur ke belakang dalam perbincangan mendapatkan Werner adalah satu kenyataan amaran.

Laporan menyatakan gergasi EPL itu mereka tidak teragak-agak untuk mencari prospek lain jika klausa perpindahan pemain berusia 24 tahun itu terlalu tinggi.

Teamtalk.com pula melaporkan bintang Chelsea, Antonio Rudiger juga sedang berusaha untuk meyakinkan Werner menyertai The Blues.

Menurut sumber, keinginan The Blues terhadap penyerang itu lebih mendalam berbanding khabar angin yang bertiup di England.

Ini kerana Chelsea dikatakan sudah berminat untuk mendapatkan Werner sejak beberapa bulan lalu apabila pengurus, Frank Lampard percaya kehadiran pemain itu dapat membantunya kekal menjadi watak utama The Blues musim depan.

Pasukan dari London itu juga berharap kehadiran Werner mampu menampung beban yang dipikul Tammy Abraham.

Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 2:55pm
d