arena

GP Austria 'buka pintu' kepada penonton?

Oleh Agensi

PERLUMBAAN Grand Prix (GP) Austria mendapat lampu hijau untuk memulakan saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Selepas 10 perlumbaan pertama musim ini dibatalkan atau ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19, penganjur rasmi F1 menyasarkan Austria adalah lokasi terbaik untuk memulakan perlumbaan dan hajat mereka tercapai.

Seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan Austria, dua perlumbaan di Red Bull Ring di Spielberg diluluskan, dengan syarat peraturan penjarakan sosial perlu dipatuhi.

Setiap pasukan F1 dibenarkan menempatkan 80 petugas di paddock, namun tambahan petugas sokongan litar dan perubatan menjangkakan bilangan keseluruhan lebih daripada 1,000 orang.

Selain itu, perbincangan masih diteruskan dengan berkemungkinan 500 orang penonton dibenarkan menyaksikan perlumbaan di litar berkenaan selepas Austria berjaya menyekat penularan Covid-19.

Penasihat Red Bull, Helmut Marko berkata perlumbaan di litar berkenaan akan menjadi acara peringkat antarabangsa pertama berlangsung ketika situasi kecemasan Covid-19.

"Saya akan pastikan ia akan mendapat publisiti meluas bukan saja di Austria tapi di negeri Styria. Kami tidak sabar untuk memulakannya," kata Marko.

Disiarkan pada: May 31, 2020 @ 3:56pm
d