arena

Liverpool pamerkan solidariti buat Floyd

Oleh AFP

PEMAIN Liverpool menunjukkan solidariti kepada pergerakan 'Black Lives Matter' berikutan kematian George Floyd di Amerika Syarikat dengan berlutut dalam kawasan bulatan tengah padang di Anfield semalam.

Bintang The Reds termasuk Virgil van Dijk dan Trent Alexander-Arnold juga memuatnaik gambar sama bersertakan perkataan 'Unity is strength', sebelum dilengkapkan dengan hashtag #BlackLivesMatter.

Berlutut menjadi diperkenalkan oleh bekas quaterback NFL, Colin Kaepernick sebelum perlawanan bermula dan ketika nyanyian lagu kebangsaan Amerika Syarikat, sebelum ia dijadikan simbol memerangi sifat perkauman.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford berkata, dia bimbang masyarakat lebih berpecah-belah selepas keganasan yang menyebabkan kematian Floyd di Minneapolis.

Floyd meninggal dunia Isnin lalu selepas seorang pegawai polis kulit putih menggunakan kekerasan apabila menekan leher mangsa dengan lutut hampir sembilan minit yang menyebabkan dia sukar bernafas.

Insiden mengejutkan itu mencetuskan protes dan rusuhan di bandar utama Amerika Syarikat serta seluruh dunia, termasuk reaksi daripada beberapa ikon sukan seperti Michael Jordan dan Lewis Hamilton.

"Saya berharap semua orang bersama-sama bersatu, selepas kita dilihat berpecah tidak seperti sebelum ini. Mereka yang ditindas memerlukan jawapan," kata Rashford.

Rakann sepasukannya di United, Paul Pigba berkata, keganasan dalam perkauman tidak boleh dipandang ringan.

"Saya tidak boleh dan tidak mahu bertoleransi. Perkauman adalah kejahilan, cinta adalah kepintaran," kata pemain yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia 2018 itu.

Disiarkan pada: June 2, 2020 @ 9:54am
d