arena

Vasco da Gama bergelut dengan Covid-19

Oleh AFP

PASUKAN divisyen satu Brazil, Vasco da Gama mengumumkan 16 pemain mereka diuji positif Covid-19.

Menurut Pengarah Perubatan kelab, Marcos Teixeira Ahad lalu kelab yang berpangkalan di Rio de Janeiro itu melakukan ujian terhadap 350 staf, termasuk pemain dan jurulatih.

"Kami dapati 16 pemain memperoleh keputusan positif. Mereka akan diasingkan namun masih dipantau dan diuji sehingga mereka disahkan tidak dapat menyebarkan virus berkenaan kepada yang lain di dalam skuad," kata Teixeira.

Beliau berkata, kira-kira 30 peratus yang menjalani ujian mempunyai kontak rapat dengan pembawa Covid-19 termasuk tiga pemain.

Brazil mencatatkan lebih daripada 500,000 kes dan 29,000 membabitkan kematian.

Mereka berada di tangga kedua mencatatkan kes terbanyak selepas Amerika Syarikat dan keempat jumlah kematian tertinggi.

Vasco salah satu daripada beberapa pasukan yang menyambung semula latihan selepas dua bulan perintah berkurung, walaupun Brazil mempunyai sedikit ciri-ciri untuk menjadi negara paling teruk dilanda virus berkenaan.

Presiden Vasco, Alexandre Campello dan rakan sejawatnya di Flamengo, Rodolfo Landim bertemu dengan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dua minggu lalu untuk membincangkan penyambungan semula saingan bola sepak.

Bolsonaro berulang-kali menentang langkah-langkah perintah berkurung yang dilakukan oleh gabenor negeri dan menyertai protes menentang peraturan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 2, 2020 @ 12:07pm
    d