arena

Koulibaly jadi rebutan United, Liverpool

Oleh Agensi

PARIS Saint-Germain (PSG) memadamkan hasrat untuk mendapatkan pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly.

Sebelum ini dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Liverpool berhajat untuk mendapatkan pemain antarabangsa Senegal itu.

Pemain yang akan berusia 29 tahun pada 20 Jun ini dijangkakan meninggalkan Napoli selepas enam musim bersama kelab Itali itu.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis menanggarkan Koulibaly bernilai lebih daripada £100 juta (RM537 juta) namun disebabkan masalah kewangan akibat Covid-19 nilai berkenaan dijangka susut sehingga £75 juta (RM403 juta).

Selepas PSG dikatakan tidak melakukan sebarang permohonan, disebabkan ada kaitan dengan hasrat pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer turut berhajat mendapatkan Koulibaly

"Akhbar sukan Perancis, L'Equipe mengesahkan PSG memadamkan hasrat berkenaan kerana mendapat tekanan yang kuat dari United," jelas Twitter GFFN.

Bagaimanapun, penarikan diri PSG selepas ditekan United dikatakan bakal memberi manfaat buat Liverpool.

Jurulatih The Reds, Jurgen Klopp mendakwa beliau menghubungi Koulibaly secara peribadi untuk meyakinkan pemain itu menyertai Liverpool.

Sementara itu bekas pertahanan Itali, Andrea Dossena merasakan Koulibaly sangat sesuai beraksi di EPL dan percaya Napoli terpaksa menjual watak utama itu jika mereka terlepas peluang layak ke Liga Juara-Juara.

Disiarkan pada: June 2, 2020 @ 4:10pm
d