arena

Kelab bola sepak Ukraine kuarantin Covid-19

Oleh AFP

KELAB bola sepak Ukraine, Karpaty Lviv di kuarantin selepas 25 individu membabitkan pemain dan staf mereka didapati positif Covid-19 menurut wakil Liga Perdana negara itu.

"Kesemua yang terjejas perlu menjalani pengasingan individu ketika kelab berkenaan diletakkan dalam tempoh kuarantin sekurang-kurangnya dua minggu," menurut kenyataan liga itu.

Latihan ketika ini ditangguhkan.

Dua lagi perlawanan membabitkan Lviv dijadualkan pada pertengahan Jun dibatalkan.

Karpaty berkata 65 individu menjalani ujian Covid-19 dan mendesak kelab lain untuk melihat ujian terhadap pemain dan kakitangan mereka dengan penuh rasa tanggungjawab.

Satu perlawanan diatur pada Ahad lalu membabitkan Karpaty dibatalkan selepas keputusan ujian positif pertama diterima.

Pegawai sukan memberitahu AFP dalam keadaan ketika ini kebanyakan mereka yang disahkan terkena Covid-19 tidak mempunyai sebarang simptom.

Perlawanan bola sepak Ukraine kembali bersambung minggu lalu dalam aksi tertutup sebagai sebahagian daripada usaha mengelak daripada penularan wabak berkenaan.

Ukraine mencatatkan keseluruhan 24,340 kes Covid-19 dengan 727 kematian membabitkan pandemik itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 3, 2020 @ 7:55am
    d