arena

Famalicao kejutkan Porto

Oleh AFP

LIGA Primeira Portugal menjadi liga bola sepak kedua utama Eropah kembali meneruskan saingan selepas ditangguhkan berikutan Covid-19 ketika pendahulu liga, Porto mencatat kekalahan mengejut 1-2 di Famalicao.

Sekalipun aksi berlangsung secara tertutup beberapa penyokong Porto tidak terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan berkenaan di luar stadium.

Mereka meninggalkan stadium dalam keadaan kecewa ketika harapan kelab berkenaan untuk merangkul kejuaraan tergugat dengan kekalahan itu.

Di tempat kedua Benfica yang ketinggalan satu mata di belakang Porto, mungkin dapat merampas kedudukan teratas apabila berdepan Tondela awal pagi esok.

Pasukan baru dinaikkan taraf, Famalicao mendahului liga awal musim ini sebelum prestasi menurun, namun kemenangan itu membawa mereka ke kedudukan kelima, dua mata di belakang pasukan di tangga keempat, Sporting Lisbon.

Fabio Martins memecah kebuntuan jaringan buat tuan rumah pada minit ke-48 sebelum Porto menyamakan kedudukan 16 minit sebelum tamat permainan menerusi Jesus Manuel Corona.

Namun pemain tengah remaja, Pote memastikan kemenangan buat Famalicao empat minit kemudian untuk menambah pencapai kejayaan menarik mereka selepas kemenangan berganda ke atas Sporting musim ini.

Disiarkan pada: June 4, 2020 @ 8:16am
d