arena

Dikutuk ekoran kontroversi

Oleh AFP

JURULATIH Atalanta, Gian Piero Gasperini memberitahu dia menjadi mangsa 'kontroversi menghina' selepas mengakui dia mengalami simptom Covid-19 apabila pasukannya beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Valencia pada Mac lalu.

"Ia kontroversi yang saya dapati sangat menghina. Saya tahu saya mengikut protokol," kata Gasperini kepada Sky Sport.

"Ia adalah tempoh saya mengalami rasa tidak selesa. Namun saya tidak demam atau mengalami masalah paru-paru dan sebagainya.

"Apabila kami meninggalkan Bergamo, saya sihat. Jadi saya rasa ia terjadi (di sana) tetapi kontroversi itu menjadikan ia satu penghinaan dan saya tidak selesa.

Gasperini, 62, memberitahu akhbar Gazzetta Dello Sport baru-baru ini dia mengalami sakit ketika Atalanta menewaskan Valencia 4-3 di stadium tertutup di Mestalla pada 10 Mac untuk mara ke suku akhir menerusi agregat 8-4.

"Sehari sebelum pertemuan dengan Valencia saya sakit, petang sebelum perlawanan ia menjadi lebih teruk.

"Saya langsung tidak selesa di bangku simpanan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 5, 2020 @ 8:13am
    d