arena

Kecederaan Higuain resahkan Juve

Oleh Agensi

GONZALO Higuain mengalami kecederaan hamstring pada otot kanan ketika latihan dan akan dipantau menjelang aksi sambungan semula Serie A, perkara itu disahkan Juventus.

Kelab Bianconeri itu bersedia untuk kembali beraksi di padang dekat Bologna pada 22 Jun ketika kempen bersambung selepas pandemik Covid-19.

Tapi penyerangnya, Higuan mengalami kecederaan ringan semalam, meninggalkan kebimbangan Maurizio Sarri terhadap aksi dua minggu setengah Juve dalam perlawanan kompetitif akan datang.

"Ketika sesi latihan hari ini, Gonzalo Higuain mengalami kekejangan otot pada betis sebelah kanannya," catatan menerusi Twitter rasmi Juventus.

"Beberapa ujian dilakukan di Pusat Perubatan J belum dapat mengesahkan apa-apa. Keadaannya masih di pantau beberapa hari ini."

Higuain dikait kuat meninggalkan Juve pada permulaan musim namun kekal dalam barisan pasukan kendalian Sarri, yang melatih penyerang itu kedua-duanya di Napoli dan Chelsea.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang dijadualkan tamat kontrak pada penghujung musim ini, sudah menjaringkan lima gol dalam 23 perlawanan Serie A musim ini, selain kerap membantu dua bintang kelab itu, Cristiano Ronaldo dan Paulo Dybala.

Disiarkan pada: June 5, 2020 @ 2:25pm
d