arena

Salwa berdepan penggantungan dua tahun kerana doping

Oleh Agensi

SALWA Eid Naser, atlet yang mencipta kemenangan mengejut pada Kejuaraan Olahraga Dunia tahun lalu dalam acara 400 meter berdepan hukuman penggantungan kerana melanggar peraturan anti-doping.

Atlet kelahiran Nigeria dan mewakili Bahrain, yang hampir mencatat mencapai kedua terbaik ketika menewaskan juara Olimpik, Shaunae Miller-Uibo itu di dakwa tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Mengikut syarat berkenaan, dia gagal menghadiri tiga ujian dalam tempoh 12 bulan.

Jika didapati bersalah atlet berusia 22 tahun itu mungkin berdepan penggantungan dua tahun.

Catatan larian peribadi 48.14 saat di Doha berada di kedudukan tiga terpantas dalam sejarah jarak itu dan terpantas sejak 1985.

Disiarkan pada: June 6, 2020 @ 1:00pm
d