arena

Saingan 'Super Rugby' benarkan kehadiran penonton

Oleh AFP

PEMINAT dibenarkan tanpa jumlah terhad untuk menyaksikan saingan Super Rugby yang bersambung semula di New Zealand hujung minggu ini.

Perkara itu dijelaskan penganjur hari ini yang turut memuji diberikan kebenaran berkenaan sekali gus menjadi saingan sukan pertama profesional berbuat demekian selepas penularan wabak Covid-19.

"Kami berasa sangat bangga dan berbesar hati menjadi saingan sukan profesional pertama di dalam dunia yang dapat dilangsungkan di depan penyokong.

"Ia akan menjadi kejohanan sangat istimewa dan unik, manakala rakyat New Zealand pula akan menjadi sebahagian daripadanya," kata Ketua Ragbi New Zealand, Mark Robinson.

Saingan Super Rugby Aotearia membabitkan lima pasukan di New Zealand dan dianjurkan untuk menggantikan kejohanan kelab yang ditangguhkan akibat Covid-19.

Kebanyakan kejohanan di seluruh dunia mengumumkan perancangan untuk memulakan kembali saingan dengan majoriti mengadakannya secara tertutup atau menghadkan jumlah penonton.

Pada mulanyak kejohanan itu dijadualkan dilangsung secara tertutup namun kerajaan New Zealand mengumumkan bahawa semua larangan domestik sudah ditarik balik di atas kejayaan negara berkenaan menangani penularan Covid-19.

Bagaimanapun, kawalan sempadan antarabangsa masih lagi diteruskan dengan menghalang skuad Kiwi untuk beraksi di luar negara namun peraturan penjarakan sosial tidak lagi akan dilaksanakan sekali gus memberi peluang kepada peminat menghadiri acara sukan.

Disiarkan pada: June 8, 2020 @ 2:58pm
d