arena

Sterling mahu lebih ramai bos kulit hitam

Oleh Agensi

BINTANG Manchester City, Raheem Sterling berkata, pemain berkulit hitam masih tidak berpeluang menjadi pengurus dalam saingan tertinggi bola sepak di England.

Dia memberikan contoh Frank Lampard dan Steven Gerrard yang dengan pantas mengisi jawatan dalam bidang pengurusan manakala bekas rakan sepasukan England, Sol Campbell dan Ashley Cole sukar berbuat demikian.

Campbell menjadi pengurus kelab Liga Satu, Macclesfield dan Southend manakala Cole adalah jurulatih bawah 15 tahun Chelsea.

Sterling akui kekurangan wakil berkulit hitam dalam hierarki bola sepak dan di tempat duduk jurulatih mencetuskan ketidakpuasan hatinya.

Dia berkata: "Saya memberikan contoh terbaik dalam barisan kejurulatihan yang anda nampak di kelab. Ada Steven Gerrard, Frank Lampard, anda ada Sol Campbell dan Ashley Cole. Kesemua mereka mempunyai karier yang hebat, beraksi dengan England dan kini menjadi jurulatih pada tahap tertinggi manakala dua lagi yang tidak diberikan peluang adalah bekas pemain berkulit hitam."

Berdasarkan jumlah pemain berkulit hitam di Liga Perdana, Sterling percaya tidak sepatutnya jumlah mereka sangat berkurangan dalam jawatan utama apabila mereka menggantung but.

Sterling berkata kepada BBC Newsnight: "Dianggarkan sejumlah 500 pemain di Liga Perdana dan satu pertiga adalah pemain berkulit hitam.

"Dan kami tiada wakil dalam hierarki, begitu juga dalam barisan kejurulatihan. Tidak terdapat banyak muka yang kami boleh berkongsi dan berbual dengan mereka."

Disiarkan pada: June 9, 2020 @ 11:35am
d