arena

Solskjaer rindu gandingan bersama Ronaldo

Oleh Agensi

OLE Gunnar Solskjaer mengakui dia amat berhasrat dapat bergabung semula dengan Cristiano Ronaldo.

Kedua-dua penyerang itu digeruni lawan ketika Ronaldo beraksi bersama Manchester United selama enam tahun pada kempen 2003-2009 yang menjadi platform kepada kegemilangan superstar Portugal itu.

Pengurus Old Trafford itu mengakui legenda Real Madrid yang kini beraksi di Juventus salah seorang bintang masa lampau yang ingin ditandatanganinya.

Solskjaer ketika ditanya siapa rakan sepasukan dari skuad juara treble 1999 yang dia mahu bergabung semula bersamanya di United, dan dia memilih dua pemain tengah, Keane dan Paul Scholes.

Dia menambah: "Jangan lupa saya beraksi bersama Cristiano dan dia pemain terbaik dunia, jadi saya tak kisah dia berada dalam pasukan saya juga."

Solskjaer berkata, dia amat menghormati perjalanan karier Ronaldo yang kini berusia 35 tahun sehingga menjadi salah seorang bintang bola sepak tersohor dunia dan penjaring terbanyak Portugal dengan 99 jaringan.

Ole turut mengimbau kenangan membantu Ronaldo ketika dia tiba di United dari Sporting pada usia 18 tahun.

Katanya: "Cristiano selalu mahu menjadi yang terbaik tetapi dia dipengaruhi suasana di United. Kami yang lebih berpengalaman hanya perlu sekali-sekala membantu dia. Kami dapat melihat bakat bertaraf dunia dan sikap yang boleh anda lihat pada dirinya sehingga dia menjadi bintang terkenal."

Disiarkan pada: June 9, 2020 @ 2:30pm
d