arena

Reds julang trofi kena ikut SOP

Oleh Agensi

JORDAN Henderson dan rakan sepasukannya di Liverpool mungkin terpaksa meraikan memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi prosedur penjarakan sosial.

Dilaporkan pengurusan EPL mahu menggunakan prosedur itu selepas menyaksikan Red Bull Salzburg mengaplikasikannya ketika meraikan kejuaraan memenangi Piala Austria, bulan lalu.

Ketua Eksekutif Liga Perdana, Richard Masters berkata, pihaknya bersedia meraikan kejayaan Liverpool memenangi kejuaraan liga buat kali pertama selepas 30 tahun namun ia mungkin diraikan mirip seperti di Austria.

Menerusi prosedur itu, setiap pemain perlu menjarakkan diri antara satu sama lain dan kemudiannya membentuk bulatan manakala kapten menjulang trofi di tengah bulatan itu.

Namun ada yang mengkritik pendekatan itu kerana pemain sudah beraksi selama 90 minit permainan tanpa penjarakan sosial.

Trofi itu kemudiannya akan diserahkan kepada setiap pemain yang berpeluang untuk menjulangnya.

Jika pendekatan itu dilaksanakan untuk trofi Liga Perdana, maka pendekatan sama juga akan dilakukan ke atas pemenang Piala FA musim ini.

Perlawanan itu dijangka akan berlangsung secara tertutup di Stadium Wembley pada Ogos depan. - Agensi

Disiarkan pada: June 9, 2020 @ 10:03pm
d