arena

UFC anjur pertarungan di pulau Abu Dhabi

Oleh AFP

PRESIDEN Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White berkata, beberapa siri pertandingan bakal berlangsung di Yas Island di Abu Dhabi bulan depan bagi mengurangkan kekerapan jadual penerbangan petinju antarabangsa.

White memberitahu ESPN, UFC akan menganjurkan empat pertarungan yang digelarnya 'Fight Island' susulan masalah penerbangan ke Amerika Syarikat yang menjejaskan kejohanan antarabangsa.

Empat pertarungan terbabit bakal berlangsung pada 11, 15, 18 dan 25 Julai dengan petinju UFC ditempatkan dalam zon selamat yang hanya boleh dimasuki atlet, jurulatih, petugas UFC dan pegawai.

"Kami memilih Yas Island kerana aspek paling sukar ketika ini ialah mengumpulkan orang dari negara lain ke suatu tempat," kata White kepada ESPN.

"Kami adalah bisnes global sebenar, hanya kami menayangkan sukan secara langsung sekarang. Jika saya meneruskan pertandingan di Amerika Syarikat, saya akan menyukarkan bakat di sana.

"Jadi, kami berjaya mendapatkan Yas Island dan bersedia untuk itu."

Petinju akan berlatih di oktagon yang dibuat khas di atas pantai, kata White.

Jadual UFC terjejas tahun sini angkara wabak Covid-19 dengan enam pertandingan pada Mac, April dan Mei ditunda.

Disiarkan pada: June 10, 2020 @ 7:54am
d