arena

Rayo menang aksi pertama bola sepak Sepanyol

Oleh AFP

BOLA sepak Sepanyol bersambung buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan awal pagi tadi apabila Rayo Vallecano dan Albacete meneruskan aksi babak kedua Segunda mereka yang terhenti pada Disember lalu susulan gelagat liar penyokong.

Perlawanan yang berlangsung tanpa penonton di Stadium Rayo Vallecas itu menyaksikan skuad tuan rumah menang 1-0 hasil jaringan Luis Advincula.

Selepas 92 hari jadual La Liga digantung akibat pandemik koronavirus, perlawanan pertama itu memberi gambaran kepada aksi seterusnya di Sepanyol yang berlangsung tanpa sorakan penyokong dan perlu mematuhi garis panduan kesihatan yang ketat.

Saingan liga utama, La Liga bersambung hari ini menyaksikan aksi 'derby' Sevilla menentang Real Betis.

Perlawanan asal Rayo Vallecano dan Albacete terpaksa ditangguhkan selepas penyokong Rayo yang fanatik menyanyikan lagi menghina pemain Albacete, Roman Zozulya sebagai Nazi. Zozulya sebelum itu menyertai Rayo secara pinjaman pada 2017.

Zozulya meneruskan permainan tetapi Albacete beraksi 10 pemain selepas Eddy Israfilov dibuang padang penghujung babak pertama pada Disember lalu.

Disiarkan pada: June 11, 2020 @ 8:31am
d