arena

Jangan buat lawaklah - Bottas

Oleh AFP

VALTTERI Bottas berkata, dia berasa kelakar dengan spekulasi juara dunia empat kali, Sebastian Vettel yang dikatakan bakal mengambil alih tempatnya di Mercedes pada 2021.

Pelumba Finland itu sama seperti juara dunia enam kali, Lewis Hamilton yang tamat kontrak bersama Mercedes penghujung tahun ini sudah biasa dengan khabar angin seperti itu.

"Ia sama bagi saya setiap tahun," kata Bottas kepada Sky Sports.

"Saya rasa ia kelakar. Ketika tiada satu pun perlumbaan, ada orang cuba merampas tempat saya. Saya ketawa mendengarnya, jadi ia tak perlu dibimbangkan.

"Saya mempunyai visi yang jelas musim ini. Apa yang berlaku biarlah takdir menentukan. Saya tak tertekan dengan spekulasi itu."

Vettel mengejutkan sukan Formula Satu ketika perintah berkurung lalu susulan wabak koronavirus dengan mengumumkan pengunduran dari Ferrari pada penghujung kempen 2020.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu Jerman itu akan terus kekal berlumba tahun depan.

"Kami sentiasa jujur mengenai kontrak dan apa yang saya tahu mereka tidak mempertimbangkan Seb. Jadi saya ok, tidak perlu bimbang."

Musim F1 2020 kembali membuka tirai dengan dua perlumbaan berturut-turut di Austria pada 5 dan 12 Julai.

Disiarkan pada: June 11, 2020 @ 1:16pm
d