arena

Tumbuhan liar jadi 'penonton'

Oleh Agensi

AKIBAT terlalu lama ditutup tanpa kehadiran penyokong, venue Bayern Munich, Stadium Allianz Arena mula ditumbuhi rumput dan tumbuhan liar di kawasan tempat duduk.

Ada yang bergurau menyatakan juara bertahan Bundesliga itu mempunyai peminat 'setia' selepas dipenuhi 'tumbuhan hijau'.

Bundesliga adalah liga utama yang pertama di Eropah kembali beraksi selepas penularan pandemik Covid-19 menjejaskan kesemua acara sukan di seluruh dunia.

Saingan Bundesliga kembali bersambung 16 Mei lalu secara tertutup di semua venue.

Tumbuhan liar itu jelas dilihat tumbuh di kawasan tempat duduk dan mendapat reaksi penyokong Bayern di media sosial.

"Bagaimana ia boleh tumbuh?," kata seorang peminat Bayern.

Malah ada yang secara sinis menulis: "Mereka membeli tiket sama seperti pihak lain."

Disiarkan pada: June 12, 2020 @ 12:30pm
d