arena

Mulianya hati Rashford

Oleh AFP

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford berjanji akan berjuang sehingga tiada seorang pun kanak-kanak di Britain kelaparan selepas berjaya membantu mengumpul dana sekitar £20 (RM107.5 juta).

Bintang England itu menjayakan salah satu program kebajikan ketika tempoh perintah berkurung berikutan pandemik Covid-19.

Pemain berusia 22 tahun berkenaan bergandingan bersama sebuah organisasi FareShare yang mengagihkan makanan hampir 11,000 demi kebajikan barisan hadapan dan kumpulan komuniti.

"Saya mempunyai berita hebat!" menurut catatan di Twitternya.

"Kami mempunyai sasaran sehingga pada penghujung Jun ini kami mampu membekalkan tiga juta makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar UK.

"Hari ini kami sudah mencapai sasaran dalam kutipan kewangan untuk menyediakan makanan. Terima kasih semua di atas sokongan anda."

Rashford disenaraikan dalam kelompok lima teratas pemain paling bernilai di Eropah minggu ini, berkata dia meraikan kejayaan itu tapi tidak berhasrat untuk berhenti setakat di sini.

"Percayalah apabila saya kata, saya akan terus berjuang sehingga tiada kanak-kanak di UK yang bimbang mengenai makanan mereka seterusnya datang dari mana.

"Ini adalah England pada 2020 dan keluarga perlukan pertolongan."

Disiarkan pada: June 12, 2020 @ 8:50pm
d