arena

Rossi lega kembali berlumba

Oleh Agensi

VALENTINO Rossi mengakui lega melihat kalendar terbaharu MotoGP musim 2020 yang juga penampilannya untuk musim ke-25 pada pentas berprestij itu.

MotoGP terpaksa mengubah kalendar musim ini yang menyaksikan 13 pusingan dianjurkan di Eropah di lapan litar berbeza bermula di Jerez pada 19 Julai.

Nasib empat lagi pusingan perlumbaan yang kemungkinan akan berlangsung antara 22 November sehingga 13 Disember, akan ditentukan pada Ogos.

"Saya rasa setiap orang gembira melihat kalendar terbaharu bagi musim 2020. Ia agak melegakan bagi kesemua pasukan dan juga kepada penyokong," kata Rossi.

"Perintah berkurung adalah perkara yang sangat serius dan pelik tetapi ia membuahkan hasil dan saya rasa pada akhirnya ia membuatkan kami semua menghargai mengenai perlumbaan.

"Saya tidak sabar untuk beraksi bersama jentera M1. Ia pasti amat menarik untuk melihat di mana kedudukan sebenar kami.

"Sudah pasti kami akan mencuba sehabis baik untuk berada di kedudukan hadapan dan menghiburkan penyokong," katanya.

Rossi yang ketika ini sedang dalam proses perbincangan bersama Pertonas Yamaha musim depan, akan kembali menunggang jentera M1 pada sesi ujian rasmi di Jerez sebelum berlangsungnya perlumbaan sebenar.

Disiarkan pada: June 13, 2020 @ 11:18am
d