arena

'Ronaldo terbaik, tapi Pele terbaik sepanjang zaman'

Oleh Agensi

LEGENDA Brazil, Pele percaya Cristiano Ronaldo lebih baik berbanding Lionel Messi kerana bintang Portugal itu lebih konsisten.

Messi dan Ronaldo sering mencetuskan perbualan ramai selepas bersaing hebat sejak sedekad lalu.

Bagaimanapun pemenang Piala Dunia, Pele berasakan Ronaldo lebih baik berbanding Messi yang juga kapten Barcelona.

"Hari ini pemain terbaik di dunia adalah Cristiano Ronaldo," kata Pele kepada saluran YouTube, Pilhado, Mac lalu yang dipetik semula Sportbible.

"Saya rasa dia paling terbaik kerana lebih konsisten, tapi anda tidak boleh melupakan Messi tetapi dia bukanlah penyerang tulen," katanya.

Di sebalik memuji pencapaian kedua-dua pemain itu, Pele memuat kesimpulan terbaik dalam menentukan siapakah pemain terbaik sepanjang zaman dan ia adalah dirinya sendiri.

"Ia adalah soalan yang sukar untuk dijawab. Kita tidak boleh melupakan Zico, Ronaldinho dan Ronaldo.

"Di Eropah pula seperti Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff. Bukan salah saya, tetapi saya berasakan Pele lebih baik berbanding kesemua pemain itu," katanya.

Pele baru-baru ini menjalani pembedahan di bahagian pinggul dan khabar angin menyatakan dia mengalami kesukaran bergerak.

Disiarkan pada: June 14, 2020 @ 2:45pm
d