arena

Loftus-Cheek pamer belang belasah QPR

Oleh Agensi

RUBEN Loftus-Cheek dan Billy Gilmour masing-masing meledak dua gol ketika Chelsea membelasah musuh setempat Queens Park Rangers.

Keputusan 7-1 itu menjadikan kejayaan kedua skuad kendalian Frank Lampard menjelang persiapan sambungan aksi perlawanan Liga Perdana.

Jaringan dari Mason Mount, Willian dan Olivier Giroud melengkapkan aksi bertenaga dipamerkan Chelsea yang sebelum ini menewaskan Reading minggu lalu.

Mendahului 4-1 pada waktu rehat, Loftus-Cheek melengkapkan jaringan kedua pada separuh masa kedua sebelum Gilmour meledak dua gol.

Masih belum melakukan jaringan pada peringkat senior, pemain muda Scotland berharap akan meneruskan aksi cemerlang menjelang aksi selepas penularan Covid-19.

Seperti kebiasaannya, Loftus-Cheek mungkin mendapati prestasi pra permulaan dapat menjamin tempatnya di bangku simpanan selepas lebih setahun tidak beraksi.

Pemain tengah England itu tidak beraksi sejak Mei 2019 selepas mengalami kecederaan lutut yang serius ketika perlawanan persahabatan pra musim di AS.

Jorginho dan N'Golo Kante dijangka kembali dalam perlawanan sepak mula hujung minggu ini, pemain Perancis berkenaan kembali agak lewat pada sesi latihan berikutan perlawanan dihentikan.

Malah dia meneruskan usaha meningkatkan kecergasan dengan permulaan berdepan QPR di Stamford Bridge, ketika perlawanan berlangsung tertutup.

Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 10:39am
d