arena

Ronaldo beri Juventus 'tonik'

Oleh Agensi

CRISTIANO Ronaldo memberi Juventus 'tonik' hebat sejak tiba di kelab itu menurut rakan sepasukannya Giorgio Chiellini.

Ronaldo sudah meledak 53 gol dalam 76 perlawanan sejak menyertai Juve dari Real Madrid pada 2018, termasuk membantu gergasi Itali itu memenangi kejuaraan Serie A musim lalu.

Bintang Portugal memimpin pasukan ke puncak Serie A musim ini, ketika mereka berada di final Piala Itali dan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Chiellini memuji Ronaldo kerana membantu Juventus mara setapak ke depan, dengan kelab Bianconer mensasarkan kejuaraan Liga Juara-Juara pertama sejak 1996.

"Dia memberikan kami peningkatan yang baik, tampil dalam aksi terbaik dalam setiap perlawanan kami dan memberi motivasi penting kepada semua masyarakat," kata kapten Juve kepada Martina Colombari di Instagram.

"Dia berada pada satu tahap, kami bermain untuknya dan untuk menjadikan dia beraksi lebih baik.

Juventus akan berdepan Napoli dalam saingan final Piala Itali di Rome pada Rabu.

Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 11:03am
d