arena

Berger ungguli Charles Schwab Challenge

Oleh AFP

DANIEL Berger berjaya mengatasi Collin Morikawa pada lubang play-off pertama dan merangkul Charles Schwab Challenge, acara PGA AS pertama dalam tempoh tiga bulan selepas terhenti kerana pandemik Covid-19.

Berger merekodkan par empat di lubang play-off yang ke-17 dengan melakukan lantunan hanya seinci dari lubang dan berjaya menyempurnakannya.

Kemudian pukulan kurang sempurna Morikawa yang keluar ke tepi kiri memberikan kemenangan emosi di Colonial Country Club.

Ia adalah detik gemilang buat Berger yang bergelut selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan kiri yang hampir memusnahkan kerjayanya.

"Ini adalah hari yang paling bermakna dalam hidup saya, daripada saya bermula dan dari mana saya datang," kata Berger.

"Ia tahun yang panjang. Saya gembira untuk berada di sini."

Kejayaan hadir sudah pasti tanpa penonton, adalah yang ketiga dalam karier bagi kejuaraan PGA AS buat Berger, yang melakar kemenangan pada St. Jude Classics 2016 dan 2017 turut berlaku pada minggu kedua Jun.

Ia adalah tahap di mana pemain berusia 27 tahun dari Florida dikatakan mungkin bimbang tidak dapat beraksi semula selepas kecederaan.

"Ia adalah lebih kepada emosi," kata Berger. "Saya berusaha gigih sejak dua bulan lalu - hanya untuk berada pada kedudukan ini. Saya bersyukur semua usaha keras saya berbaloi.

"Saya kembali dengan lebih kuat dari pada sebelum ini dan saya mahukannya lebih daripada sebelumnya. Ia bermakna lebih daripada yang saya lakukan sebelum ini.

Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 12:03pm
d