arena

Rashford rayu bantuan makanan diteruskan

Oleh AFP

PENYERANG Manchester United, Marcus Rashford menulis surat meminta kerajaan Britain untuk meneruskan bantuan menyediakan makanan percuma kepada kanak-kanak yang datang dari keluarga susah ketika cuti musim panas.

Kanak-kanak susah mendapat makanan sekolah percuma ketika perintah berkurung Covid-19 dengan pemberian baucar untuk dibelanjakan di pasar raya.

Kira-kira 1.3 juta murid dari keluarga pendapatan rendah menerima makanan sekolah percuma namun skim berkenaan di England tidak akan diteruskan ketika musim cuti sekolah yang bermula Julai.

Penyerang antarabangsa England itu, yang membantu mengumpulkan dana sebanyak £20 juta (RM107 juta) bagi yayasan FareShare, menerima bantuan berkenaan ketika zaman kanak-kanak.

"Kerajaan sudah melakukan apa saja untuk meningkatkan ekonomi, cuma saya meminta mereka melakukan perkara sama dalam membantu kanak-kanak kurang berkemampuan di England.

"Saya menyeru kepada anda untuk mendengar rintihan mereka dan bersikap berperikemanusiaan. Pertimbangkan keputusan anda untuk membatalkan skim baucar makanan ketika musim cuti nanti,"

"Saya adalah seorang kanak-kanak berkulit hitam yang datang dari keluarga susah di Wythenshawe, Manchester," katanya.

Rashford minggu lalu tersenarai sebagai pemain kelima paling berharga di Eropah.

Disiarkan pada: June 15, 2020 @ 10:23pm
d