arena

'Kita mahu layak ke Piala Dunia B-20'

Oleh Firdaus Hashim

"SASARAN kita adalah separuh akhir sekali gus layak ke Piala Dunia."

Itu keyakinan yang disuarakan pengurus skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Datuk Kamarul Ariffin selepas melihat pasukan negara diundi dalam Kumpulan D Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14-31 Oktober depan.

Pada majlis undian yang berlangsung di Rumah AFC, di Bukit Jalil itu, anak buat Brad Maloney diletakkan sekumpulan dengan dua pasukan dari Asia Barat dan satu Asia Tengah iaitu Qatar, Yaman dan Tajikistan.

Katanya, dia optimis skuad muda negara mampu melepasi peringkat kumpulan untuk berada di suku akhir sebelum mengintai peluang ke separuh akhir yang menjanjikan slot automatik ke Piala Dunia B-20 di Indonesia tahun depan.

Bagaimanapun, beliau tetap mahu pemain negara berhati-hati dan bersedia berdepan ujian di bumi Uzbekistan nanti.

"Saya menganggap kumpulan yang tidak mudah, tapi pasukan B-19 Malaysia mampu menghadirkan saingan seperti matlamat asal tujuannya adalah untuk layak ke Piala Dunia B-20 tahun dan itu tujuan asal.

"Kita akan semaksimum usaha layak ke separuh akhir dan seterusnya layak ke kejohanan Piala Dunia. Bercerita tentang peringkat bawah umur ini, rata-ratanya bila layak ke peringkat 16 terbaik Asia semua agak seimbang.

"Macam saya katakan tadi, kita mampu menghadirkan saingan yang hebat untuk memastikan Malaysia layak ke peringkat separuh akhir sekurang-kurangnya," katanya.

Disiarkan pada: June 18, 2020 @ 10:40pm
d