arena

Bournemouth perlu waspada kehadiran 'Wolverine'

Oleh Agensi

PERTAHANAN Bournemouth mungkin berasa gementar apabila berdepan Crystal Palace awal pagi Ahad ini, apabila mereka bakal berdepan dengan penyerang lawan yang juga adiwira pujaan ramai, Wolverine.

Wolverine yang dimaksudkan ialah Andros Townsend apabila gaya dan fesyen penyerang itu selepas perintah berkurung mirip watak komik Marvel.

"Ada yang tahu bila kita boleh potong rambut lagi?," tanya Townsend sambil berkongsi fesyen rambut terkininya di Twitter.

Gaya terbaru itu mungkin boleh dijadikan sebagai senjata perang psikologi apabila kedua-dua pasukan bertemu di Selhurst Park.

Sebelum ini Townsend juga meluahkan kerisauan mengenai pemain akan bergelut dalam soal peraturan penjarakan sosial terutama sekali ketika ingin meraikan jaringan gol.

Penyerang berusia 28 tahun itu mengakui sukar buat pemain di EPL menahan perasaan terutama sekali apabila bola sudah mencecah jaring.

"Kami sudah melakukan perbincangan sebelum ini mengenai protokol pertandingan dan meraikan gol serta penjarakan sosial adalah salah satu perkara yang disebut.

"Saya rasa semuanya mampu dipatuhi dengan mudah kecuali meraikan jaringan," kata Towsend.

Disiarkan pada: June 19, 2020 @ 3:11pm
d