arena

Real Betis pecat Rubi

Oleh Agensi

REAL Betis menjadi kelab pertama La Liga yang memecat jurulatih sejak musim disambung semula selepas ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Kelab itu memecat Rubi yang gagal menang dalam tiga perlawanan pertama mereka selepas kembali memulakan semula aksi.

Betis tewas perlawanan pertama ke atas Sevilla 0-2 dan seri 2-2 di Granada pertengahan minggu lalu serta kalah tipis 0-1 kepada Athletic Bilbao semalam selepas Sergio Canales gagal menyempurnakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Betis mengeluarkan kenyataan beberapa jam selepas perlawanan berkenaan dengan menyatakan Rubi dihentikan dari tugasnya dan Pengarah Sukan serta bekas pemain Betis, Alexis Trujillo akan mengambil alih tugas membimbing pasukan bagi baki lapan perlawanan musim ini.

Kekalahan ke atas Athletic meletakkan Betis di tangga ke-14 dengan 34 mata selepas 30 perlawanan, lapan mata di atas Real Mallorca yang mengisi tempat selamat daripada zon penyingkiran.

Rubi dilantik jurulatih Betis musim panas lalu selepas memacu Espanyol di tempat ke tujuh musim lepas, menggantikan tempat Quique Setien yang menyertai Barcelona sebagai jurulatih Januari lalu.

Disiarkan pada: June 21, 2020 @ 10:01pm
d