arena

Atalanta hidupkan kembali wilayah Bergamo

Oleh AFP

ATALANTA disuntik dengan kata-kata semangat 'I will be reborn, you will be reborn', ketika membawa kembali saingan Serie A kembali ke Bergamo dengan bergaya apabila berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Sassuolo, manakala Inter Milan pula memperoleh tiga mata selepas mengalahkan Sampdoria 2-1.

Bergamo teruk dilanda virus Covid-19 berikutan bandar itu terletak di wilayah utara Lombardy, kawasan pusat krisis pandemik di Itali.

Pasukan bimbingan Gian Piero Gasperini menanti kunjungan Sassuolo di Stadium Gewiss tatkala perlawanan berkenaan sebagai simbolik mengingati ribuan mangsa Covid-19.

Duvan Zapata menjaringkan dua gol buat Atalanta, manakala dua lagi jaringan disumbangkan Berat Djimsiti serta gol sendiri Mehdi Bourabia.

Wilayah Bergamo mencatatkan lebih 6,000 kematian, termasuk 670 di kawasan bandar yang mempunyai populasi 122,000 orang.

Ketika bertafaku sebelum memulakan perlawanan, pemain berkumpul membuat bentuk bulatan dan mempunyai berlatar belakangkan muzik.

"Rinascero, Rinascerai" (I will be reborn, you will be reborn), lagu yang dicipta ketika perintah berkurung oleh Roby Facchinetti, ahli muzik Itali kelahiran Bergamo.

Atalanta mengukuhkan kedudukan mereka di tangga keempat dan slot terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara, enam mata megatasi pasukan tangga kelima, AS Roma.

"Ia adalah kemenangan penting, apabila anda menyambung semula saingan selepas berehat panjang ia akan menimbul keraguan namun kami meletakka perkara itu ke tepi dengan memberikan aksi cemerlang sehingga meraih kejayaan penting untuk kedudukan liga," kata Gasperini.

Atalanta yang sudah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim ini, mendahului tiga gol pada separuh masa pertama.

Mattia Caldara menanduk bola kepada Djimsiti yang mudah menolak masuk untuk membolehka Atalanta berada di depan pada minit ke-16.

Pemain kelahiran Colombia, Zapata menambah gol kedua selepas setengah jam perlawanan berlangsung, manakala Bourabia pula bergelut untuk mengeluarkan bola dari garisan gol sebelum tertolak masuk ke gawang sendiri.

Zapata menambah gol kedua pada minit ke-66 dan Bourabia menebus kembali kesilapannya hasil sepakan percuma pada masa kecederaan.

"Pemain sudah mencapai prestasi terbaik di bandar ini, tidak ada siapa pun yang meninggalkan Bergamo dan mereka sering percaya suatu hari nanti, cepat atau lambat saingan disambung kembali," kata Gasperini.

Atalanta enam mata di belakang Inter Milan yang menewaskan Sampdoria 2-1, dua gol berkenaan disumbangkan Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez.

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 12:31pm
d