arena

Hamilton puas sertai protes anti perkauman

Oleh AFP

JUARA Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menyertai perarakan anti perkauman di London semalam dan mengakui pengalaman yang diperolehnya sangat membanggakan.

Hamilton yang berusia 35 tahun dan satu-satunya pelumba F1 berkulit hitam, menyertai perarakan itu yang sudah menjadi satu kebiasaan sejak kematian George Floyd di Amerika Syarikat bulan lalu.

"Berarak ke Hyde Park hari ini (semalam) untuk protes aman dan saya sangat bangga untuk melihat sendiri ramai orang pelbagai bangsa dan latar belakang menyokong pergerakan ini.

"Saya bangga untuk berada di sana dan menyokong pergerakan 'Black Lives Matter', serta susur galur saya sebagai orang kulit hitam.

"Saya juga gembira melihat banyak sokongan dari orang kulit putih dengan berpegangkan hak sama rata. Ia sangat memberi kesan. Saya berasa sangat positif bahawa akan ada perubahan tapi kita tidak boleh berhenti dan harus terus memberi tekanan," kata Hamilton dalam akaun Instagram miliknya.

Hamilton juga memuatnaik gambar dirinya memegang sepanduk Blakc Lives Matter, manakala kemeja-T dipakainya tertera perkataan 'Black is a vibe'.

Juara dunia enam kali itu juga memakai selendang berwarna kuning untuk menutup mukanya.

Sebelum itu, Hamilton pernah menulis artikel di akhbar Britain's Sunday Times bahawa dia melancarkan pertubuhan sendiri untuk menarik lebih ramai remaja kulit hitam membabitkan diri dalam sukan pemotoran.

Hamilton yang mempunyai suara dan berpengaruh berkata, dia akan bekerjsama dengan Akademi Kejuruteraan Diraja Britain untuk menubuhkan 'The Hamilton Commission'.

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 1:02pm
d