arena

Ribut bawa tuah buat Simpson

Oleh AFP

WEBB Simpson, juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2012, membenam lima birdie di tujuh lubang terakhir untuk meraih kejuaraan RBC Heritage sekali gus kejuaraan kali ketujuh buatnya bagi Jelajah PGA AS.

Pemain AS berusia 34 yahun itu mencatatkan tujuh di bawah par 64 par hari terakhir di kejohanan 72 lubang itu dengan mengumpul jumlah keseluruhan 22 di bawah 262 di Harbour Town Golf Links di Hilton Head Island.

Ia adalah kejayaan kedua Simpson tahun ini, selepas muncul juara di Phoenix Februari lalu, dan ia hadri selepas penangguhan permainan selama dua jam 47 minit akibat serangan ribut.

"Ia hari yang luar biasa. Saya hilang kata-kata sekarang," kata Simpson.

Kejayaan ini bakal mengubah kedudukan Simpson dalam ranking dunia apabila bakal melonjak dari kedudukan kesembilan ke kelima.

"Ia hari yang sangat lama di lapangan golf. Saya tidak jangka terus cemerlang sehingga lubang 12 dan ia terus konsisten sehingga saya mula meraih keyakinan.

"Saya berpuas hati di mana kedudukan saya sekarang," kata Simpson yang berjaya mengetepikan wakil Mexico, Abraham Ancer di tempat kedua.

Ancer yang memburu gelaran sulung PGA AS, di tempat kedua dengan mencatatkan 65 di bawah 263.

"Saya berjaya memberikan pukulan terbaik sepanjang karier saya. Ia sangat mengujakan," kata Ancer.

Seorang lagi pemain AS, Daniel Berger yang muncul juara di Colonial minggu lalu, berkongsi tempat ketiga bersama wakil Britain, Tyrrell Hatton selepas mengumpul 264 pukulan.

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 2:35pm
d