arena

Mane nak ke mana? [VIDEO]

Oleh Agensi

PERTEMBUNGAN sejiran Merseyside antara Liverpool dan Everton memang sangat dinanti-nantikan oleh kedua-dua peminat tegar namun aksi awal pagi tadi lebih tertumpu kepada dua individu, Sadio Mane dan pengadil Mike Dean.

Kedua-dua mereka menjadi tular di media sosial sebaik perlawanan berkenaan tamat, bukan disebabkan jaringan gol atau keputusan kontroversi, namun ia lebih kepada tingkah laku serta rupa paras.

Perlawanan antara kedua-dua musuh tetangga itu berakhir dengan keputusan 0-0 namun tindakan Mane berlari sebelum perlawanan bermula lebih menarik daripada aksi di tengah padang.

Sepatutnya selepas pengadil meniup wisel semua pemain akan berlutut untuk memberi tanda sokongan kepada pergerakan 'Black Lives Matter' namun Mane mungkin terlupa apabila terus berlari ke depan, sebelum patah balik dan berlutut bersama semua pemain.

Dean pula menjadi bualan di media sosial selepas rupa parasnya sebaik Liga Perdana Inggeris bersambung apabila sudah berjambang.

Sebelum ini beliau dikenali sebagai seorang pengadil yang tidak berjambang tapi mungkin disebabkan perintah berkurung dan kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi beliau tidak sempat untuk bercukur.

Kali ini netizen tidak lagi mengutuk mengenai keputusan kontroversi membabitkan dua seteru berkenaan tapi rupa paras Dean ketika krisis Covid-19.

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 3:51pm
d