arena

Zaquan Adha bergaya dengan Porsche

Oleh Syazwan Msar

TONGGAK Kedah, Zaquan Adha Abdul Radzak boleh dikatakan antara individu paling bahagia sempena hari bapa apabila dikatakan menerima hadiah kereta Porsche yang bernilai setengah juta ringgit.

Malah, tindakan pemain berkenaan memuat naik gambarnya bersama kenderaan terbabit mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ia lebih menguatkan spekulasi dia mendapat hadiah sempena hari bapa apabila menulis kenyataan ringkas bersama gambar berkenaan.

"Terima kasih atas hadiah ini. Hadiah hari bapa," kata Zaquan.

Menerusi ruangan komen, pemain terbabit tidak pula menerangkan secara terperinci berkaitan kenderaan terbabit apabila ditanya netizen.

Porsche hijau Zaquan itu jelas mendapat maklum balas daripada netizen yang begitu teruja dengan kenderaan terbabit.

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 8:53pm
d