arena

Nadal luang masa tunggang jet ski

Oleh Agensi

RAFAEL Nadal menunggang jet ski membelahi ombak ketika bercuti di Ibiza bersama isterinya, Xisca Perello.

Pemain tenis legenda kelihatan tidak berbaju ketika bersantai di perairan pulau Sepanyol itu pada Sabtu lalu.

Nadal, 34, kelihatan memakai seluar pendek berwarna merah jambu sambil kelihatan pancutan air memancut di belakang badannya ketika di mengeliling perairan itu.

Juara Grand Slam itu turut disertai beberapa rakan lelaki ketika rehat daripada musim tenis yang ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Bintang Sepanyol itu menyimpan jet ski di catamaran kapal mewahnya dalam trip seharian di Mallorca sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Bercakap kepada Con Amigos Asi pada Ogos, Nadal mengakui kariernya menyebabkan kehidupan berkeluarga menjadi sukar.

Katanya : "Saya gembira untuk mempunyai anak-anak, lelaki, perempuan.. Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan gemar kehidupan berkeluarga.

"Tapi saya juga memberitahu anda ia adalah realitinya, tahun demi tahun berlalu, saya ingin memulakan semua perkara ini apabila dunia sukan saya menentukannya."

Disiarkan pada: June 22, 2020 @ 11:24pm
d