arena

Apabila Klopp, Guardiola jadi mangsa FaceApp

Oleh Agensi

PERNAHKAH anda membayangkan bagaimana wajah pengurus kelab Liga Perdana Inggeris yang anda minati apabila menjadi seorang wanita?

Aplikasi FaceApp yang sedang popular ketika ini membantu menjadikan wajah pengurus yang cukup terkenal kepada seorang wanita dan hasilnya amat menakjubkan.

The Sun melaporkan beberapa pengurus yang menjadi 'mangsa' aplikasi itu dan antara yang paling mencuri perhatian adalah wajah pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Beliau ketika ini sedang berusaha memastikan Reds memenangi kejuaraan liga buat kali pertama selepas 30 tahun.

Pengendali dari Jerman itu dilihat mempunyai wajah ceria dan senyuman lebar sebaik wajahnya ditukar kepada wanita menerusi aplikasi FaceApp.

Malah ada yang menyamakan wajahnya seperti selebriti, Charlotte Church sambil memakai cermin mata.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang dikenali dengan kepala botak juga menjadi mangsa aplikasi FaceApp.

Sebaik bertukar kepada wajah seorang wanita, Guardiola dilihat cukup jelita.

Beberapa nama besar seperti Frank Lampard dan Jose Mourinho turut menjadi 'mangsa' aplikasi FaceApp.

Disiarkan pada: June 23, 2020 @ 11:17pm
d