arena

'Lihat Liverpool juara amat pedih'

Oleh Agensi

OLE Gunnar Solskjaer berkata rasa pedih melihat Liverpool memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini meningkatkan semangat anak buahnya untuk kembali bangkit pada musim depan.

Itulah yang dilakukan oleh Alex Ferguson apabila beliau tiba di Old Trafford dan menyebabkan Liverpool hanya mampu bangkit selepas 30 tahun.

"Mana-mana pasukan yang memenangi Liga Perdana Inggeris berhak untuk mendapat pujian. Ia adalah liga yang sukar dan tahniah kepada Jurgen Klopp serta barisan pemainnya.

"Tetapi setiap kali apabila anda menyaksikan pasukan lain menjulang trofi, ia amat memedihkan.

"Itulah yang dialami oleh mereka yang dekat dengan Manchester United. Kami ingin kembali sebagai pasukan pemenang. Ini adalah cabaran utama kami," katanya.

Solskjaer adalah sebahagian daripada pemain di bawah era gemilang Ferguson yang menamatkan penantian selama 26 tahun tanpa kejuaraan dengan berjaya memenangi 13 kejuaraan liga daripada tempoh 20 tahun penguasaan mereka.

"Memenangi banyak takhta kejuaraan seperti ketika era Ferguson bukan sesuatu yang mudah untuk diikuti oleh mana-mana pasukan.

"Beliau adalah pakar membantu pasukan kekal di atas," kata Solskjaer.

Disiarkan pada: June 26, 2020 @ 10:57pm
d