arena

Sevilla seri lagi

Oleh AFP

SEVILLA mencatat keputusan seri empat kali berturut-turut sejak saingan La Liga disambung semula dan kali ini sepakan penalti Lucas Ocampos menyelamatkan mereka untuk sekurang-kurang meraih satu mata selepas seri 1-1 bertemu Valladolid.

Satu mata berkenaan membolehkan Sevilla kekal di tangga keempat dan kedudukan terakhir untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Mereka sekarang ini mempunyai jurang sebanyak empat mata dengan pasukan tangga kelima, Getafe.

Valladolid mendahului perlawanan pada minit ke-25 melalui Kiko Olivas.

Ketika kemenangan seakan berpihak kepada Valladolid, bola terkena tangan Javi Sanchez pada minit ke-83 dan Ocampos berjaya menyempurnakan tugas yang diberikan kepadanya.

Valladolid sekarang ini mempuyai kelebihan sembilan mata dari zon penyingkiran.

Disiarkan pada: June 27, 2020 @ 8:44am
d