arena

Satu musim empat jurulatih berbeza

Oleh AFP

ESPANYOL melantik jurulatih yang keempat musim ini selepas memecat Abelardo Fernandez awal pagi tadi tatkala kelab berkenaan berada di tangga tercorot La Liga.

Pengarah sukan, Francisco Rufete akan diberi tanggungjawab untuk membimbing pasukan bagi baki saingan liga dan perlawanan pertamanya ialah berdepan Real Madrid di tempat sendiri awal pagi esok.

Perubahan berkenaan adalah peluang terakhir buat Espanyol, yang kurang lapan mata dari zon selamat dan berbaki tujuh perlawanan.

Abelardo mengambil alih pasukan Disember lalu, menggantikan Pablo Machin, yang hanya bertahan selama tiga bulan.

David Gallego memulakan saingan musim ini dengan membimbing Espanyol sebelum beliau dipecat Oktober lalu.

Disiarkan pada: June 28, 2020 @ 10:14am
d