arena

Olympiakos ungguli mahkota Liga Super Greece

Oleh AFP

OLYMPIAKOS yang tidak pernah tewas dalam perlawanan liga memenangi kejuaraan Liga Super Greece ke-45 selepas mengalahkan AEK Athens, 2-1 dalam aksi tertutup di Stadium Olimpik, Athens, pagi ini.

Gol separuh masa pertama daripada pemain antarabangsa Maghribi, Youssef El-Arabi dan pemain tengah Guinea, Mady Camara memastikan kemenangan yang mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Olympiakos mengharungi musim suram tanpa kemenangan kejuaraan domestik buat pertama kali sejak pertengahan 1990.

AEK juara 2018 dan PAOK Thessaloniki memenangi liga tahun lalu.

Semua perlawanan kelayakan di Greece berlangsung tanpa kehadiran penonton berikutan pandemik Covid-19.

Olympiakos mendahului selesa 19 mata dari pasukan di tempat kedua, PAOK dengan baki enam perlawanan.

AEK ketiga akan bersaing dengan PAOK untuk kedudukan kedua yang layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara.

Olympiakos dan AEK akan bertemu sekali lagi dalam final Piala Greece dijadualkan pada hujung Julai ini di venue yang belum ditetapkan lagi.

Disiarkan pada: June 29, 2020 @ 10:12am
d